Mencari Kiblat Cinta - 91
Saya cintakan awak. Kata-kata itu umpama keramat di jiwa. Menyenangkan tapi tak membantu menenangkan hatinya. Salahkah dia jika dia merasa rendah diri setiap kali mendengar kata-kata Filman yang penuh berharap Berdosakah dia jika dia tidak mampu berbahagia dengan kata-kata yang membuai jiwa setiap gadis

Demi Allah, dia sangat menyenangi kehadiran Filman dalam hidupnya. Meskipun hatinya malu mahu mengakuinya, namun lirikan matanya tidak mampu berbohong. Entah sejak bila, dia juga telah jatuh cinta kepada Tengku Filman Adrian. Cinta ini mekar tanpa disedari. Cinta ini mengusik jiwanya tanpa dipinta. Dan dia kian tenggelam dalam rindu yang terpanggil dari bibir lelaki itu. Sayangnya Filman takkan mungkin mendengar semua ini dilafaz dari hatinya!

Bunyi suara tangisan tiba-tiba memecah lamunannya. Dia menoleh. Terlihat di matanya seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang menangis kerana terjatuh di kawasan laman. Dia segera meluru mendapatkan kanak-kanak itu. Darah yang melekat di kepala lutut anak kecil itu segera ditekup.

Mira, ada budak jatuh. Tolong ambilkan peti First Aid di dapur! Jeritnya agak lantang. Dia mendengar Umaira dan Kak Siti serentak menyahut dari dalam rumah. Sebaik pandangannya beralih arah, matanya dengan lekas menangkap sesusuk tubuh seorang lelaki berdiri di tepi pagar taska, sedang menghadap ke arahnya. Merenung tajam ke arahnya bagaikan dia seorang pesalah!

Danira terpegun melihat lelaki itu. Untuk seketika, mereka berdua melontar renungan tanpa bicara. Tidak ada suara, tidak ada tujuan, tidak ada pengertian. Sebaliknya yang tertinggal dalam dirinya hanyalah rasa sangsi dan ketegangan.

Muncul Umaira dari dalam rumah sambil membawa kotak First Aid diikuti oleh Kak Siti dan Lynn. Danira menoleh. Umaira segera tunduk lalu mengangkat kanak-kanak kecil itu ke ribanya. Kak Siti pula asyik memujuk anak kecil itu yang bersememeh dengan air mata di pipi.

Sekali lagi dia mengalihkan anak matanya. Namun kelibat yang sedang memandang wajahnya dengan serius tadi kini ghaib entah ke mana. Danira segera berlari ke arah pintu pagar, namun wajah yang dicari itu tidak ada di situ. Dia menarik nafas panjang. Siapa sebenarnya lelaki itu Kenapa lelaki itu memandangnya seperti itu Apakah mereka saling mengenali sebelum ini

******

Gagang telefon segera dihempas kasar. Wajahnya merah padam menahan bera yang menikam jiwa. Perbualan yang berlangsung benar-benar mengocak api amarah yang membakar diri.

Maaf Amar, tak ada apa yang boleh kita lakukan lagi. Cubalah faham dengan keputusan makhamah. The case is close. Ujar Ismail Habib.

Tidak bagi aku Mail. Budak perempuan tu tak sepatutnya bebas. Mahkamah dah buat kesilapan besar. Hujahnya.

Itu kata kau. Tapi pihak pembela ada cukup bukti dan saksi untuk melepaskan budak perempuan tu. Kita kena terima keputusan yang mahkamah buat dengan hati terbuka. Aku rasa kau sepatutnya tengok video yang dikemukakan oleh peguam pembela. Usul Ismail Habib.

Aku tak percayakan video tu. Ia boleh diada-adakan. Sangkalnya dengan nada keras. Ismail Habib melepaskan keluhan panjang berbaur penyesalan.

Suka hati kau lah mahu percaya atau tidak. Tapi aku akan minta pembantu aku singgah di pejabat kau nanti dan tinggalkan salinan rakaman video tu untuk kau. Balas Ismail Habib sebelum memutuskan panggilannya.

Damn it! Gagang telefon yang dipegangnya dihempas agak kasar. Semuanya karut! Semuanya dusta! Bentak hati kecilnya. Dia segera mencapai kot hitamnya yang tersangkut di kepala kerusi lalu disarung. Niatnya mahu menemui seorang teman lama yang juga seorang hakim mahkamah persekutuan untuk dicanang segala ketidakpuasan hatinya yang menekan-nekan rongga dada.

Namun belum sempat dia mahu mencapai tombol pintu, tiba-tiba tubuhnya tersentak. Matanya terbeliak seraya tangan memegang permukaan dada yang ngilu seperti dicucuk-cucuk dengan benda tajam. Tubuhnya berpeluh angkara kesakitan yang membenam dirinya. Dan tanpa amaran, pandangan matanya mula gelap gelita. Tubuhnya melayang jatuh bagai sehelai bulu.

Danira keluar dari perut teksi sambil memegang lengan Melia. Sebaik dia dihubungi Filman sebentar tadi, tanpa bertangguh dia segera membawa Melia ke hospital. Khabar dari Filman tentang ayahnya yang jatuh sakit benar-benar membuatkan dia simpati.

Kita nak pergi mana Kak Nira pertanyaan Melia muncul di corong telinganya. Dia berpaling lalu menatap si kecil yang kelihatan terpinga-pinga.

Papa Melly suruh kakak bawa Melly ke sini. Terang Danira, ringkas. Soal tentang datuk Melia, biarlah diserahkan sahaja kepada lelaki itu. Tahulah Filman mahu menjelaskannya pada anaknya.

Ketika dia sampai di lobi hospital, matanya segera mencari-cari kelibat Filman, namun tidak bertemu. Danira segera memeluk Melia di sampingnya seraya mengawasi kelibat orang ramai yang memenuhi perkarangan lobi hospital. Hendak terus dituju pada wad ayah lelaki itu, dia memang terlupa mahu bertanya ketika lelaki itu menghubunginya.

bersambung

Bab akan datang:

Bagaimana Tengku Amar ingin membuktikan bahawa Danira bersalah