LELAKI-LELAKI MERBAHAYA - 92
Siang tadi kau tiba-tiba muncul di suapan pertama makanan kegemaranku satu-satunya hal yang aku benci waktu itu hanyalah bila tiba ke suapan terakhir

Lewat malam kau muncul lagi di hirupan pertama kopi pahitku kopi yang begitu pahit terasa amat manis sama seperti senyumanmu yang aku kenal dan sering membuatku kaku

Benarlah kata orang kita akan lupa banyak perkara di waktu tua tapi, kau harus sentiasa tahu ingatanku tentangmu akan selamanya muda hingga roh tak lagi mampu menahan jasad yang lemah tak berdaya Mengenali perempuan sepertimu adalah hal yang tak pernah aku bayangkan bahkan tak pernah aku sangkakan kerana bagiku kau seperti cahaya bulan terang

dan aku hanyalah pungguk yang merinduimu saban malam Tetaplah kau hadir dan penuhi waktuku walau pagi nanti aku tak lagi terjaga untuk terus cuba mengatakan padamu bahawa aku sangat cinta.