MY PRETTY BOY - 93
TUNKU HARDIE mengangkat kelopak mata perlahan-lahan. Telinga menangkap melodi lagu Take My Breath Away nyanyian Berlin berkumandang sayu. Hidung mancungnya pula menangkap satu bauan yang semerbak harum. Haruman Lavender!

Dia sedaya upaya bangkit dari katil dan mencari dari mana datangnya bau aromaterapi yang mewangi di segenap bilik. Makin lama semakin kuat aroma bauan tadi akhirnya ternampak sebuah bekas pembakar seramik, sejambak bunga Anggerik berserta sekeping kad terselit di celahan terletak elok di meja hujung katil.

Sekian lama, dia tak senyum melebar. Dia meraba kedua-dua belah pipi. Sekilas Tunku Hardie berpaling muka ke arah cermin. Ya! sudah lama lekuk di pipinya tak kelihatan. Dikumpul keupayaan mengengsot perlahan-lahan hingga ke hujung katil. Sampul kad yang dicapai lalu kad dikeluarkan. Semakin meleret senyuman Tunku Hardie di saat membaca isi kandungan di dalam kad sambil memeluk jambangan bunga Anggerik.

Good morning, Tuan Muda!

Jumpa di taman, jangan lewat okey!

Tunku Hardie menghidu haruman Lavender sedalam-dalamnya. Diselit kembali kad tadi di celahan jambangan bunga Anggerik dan diletak semula di tempat tadi. Sambil itu dia sekilas pandang ke arah jam loceng di meja yang menunjuk tepat pukul 9. Sesudah menunaikan solat cara orang sakit di atas katil subuh tadi, dia menyambung tidur semula.

Dia menurunkan kakinya mencecah lantai. Tangan kanan pula menarik kerusi roda dan perlahan-lahan dia berganjak punggung dari katil. Tunku Hardie gagahi memusing roda, sempat mencapai tuala mandi yang tersidai di penyidai tuala dan terus masuk ke bilik air.

Usai mandi dan bersiap, Tunku Hardie berlalu keluar dari bilik. Dihalakan kerusi roda hingga ke depan pintu lif. Butang lif ditekan. Lif berdenting dan pintu terbuka dengan luas. Dia terus masuk ke dalam dan menekan butang turun ke aras mezanin. Keluar dari lif, dia luaskan pandangan di sekitar ruang tamu utama.

Sunyi. Tiada sesiapa di situ. Mungkin Papanya masih berada di bilik. Dia menghala kerusi roda terus ke arah dapur. Sampai di dapur, kelihatan Mbak Dewi sedang membancuh air di dalam teko seramik.

Selamat pagi, Mbak. Tegur Tunku Hardie tanpa Mbak Dewi ketahui kehadirannya di situ. Tak lagi bertutur gagap seperti dulu. Wanita tadi menoleh ke belakang.

Tuan Hardie Wah! Kacak bagai ni nak ke mana Soal Mbak Dewi.

Air Nescafe yang siap bancuh diletak atas meja. Kemudian dia membantu menolak kerusi roda Tunku Hardie dekat ke meja. Mbak Dewi menuang air ke dalam cawan lantas dihidang di depan Tunku Hardie.

Dr. Qamra ajak saya keluar, jawab Tunku Hardie. Cucur udang yang tersedia di dalam pinggan dicapai lalu dikunyah perlahan-lahan.

Patutlah Mbak nampak kemain comel lagi Dr. Qamra pagi ni, puji Mbak Dewi seraya menarik kerusi lalu duduk bersebelahan dengan Tunku Hardie.

Dia memang comel sejak saya kenal dia balas Tunku Hardie dan sebuah senyuman diberikan pada Mbak Dewi.

Mbak tumpang gembira sebab Tuan dah banyak berubah. Rindu benar Mbak nak tengok Tuan tersenyum semula rindu pada yang tu... Mbak Dewi memuncungkan bibir ke arah lekuk di pipi Tunku Hardie.

Dia pula meraba sebelah pipi. Semakin dia senyum, semakin dalam lekuk di pipi terbentuk.

Mbakk terima kasih sebab sabar melayan kerenah saya ucapnya perlahan. Sebak terus hati bila mengenangkan betapa sabar wanita tua ini melayan ragamnya sejak ditimpa kemalangan bertahun dulu.

Tuan dah Mbak anggap seperti anak Mbak sendiri. Tangan ni juga yang basuh cawat Tuan dan adik-adik Tuan sejak Toh pergi tinggalkan kita. Jangan sedih-sedih lagi. Mbak doakan moga ada sinar yang menerangi kehidupan Tuan lepas ni, pujuk Mbak Dewi sambil menyeka setitis air mata yang jatuh ke pipi Tunku Hardie.

Terima kasih katanya dalam esak tangis yang masih belum reda.

Pergilah. Dr. Qamra menanti Tuan di taman.

Dia menghirup air Nescafe hingga habis. Selepas bersalaman dengan Mbak Dewi, Tunku Hardie menukar hala kerusi roda menghala ke arah pintu utama. Tun Tunku Harith yang baru keluar dari bilik terhenti langkah di muka tangga apabila ternampak anak terunanya menuju ke arah luar. Selepas pintu utama ditutup oleh Saiful, dia menuruni anak tangga dan terus menuju ke arah dapur.

Hardie segak bagai pagi ni nak ke mana Soalnya sambil menarik kerusi bar lalu duduk berlabuh di situ. Diperhatikan Mbak Dewi sedang leka mengemas cawan yang ditinggalkan oleh Tunku Hardie tadi sambil menyanyi kecil.

Opocot! Tuan Harith berderau darah Mbak. Bila Tuan ada kat dapur Tak perasan mbak tadi, jawab Mbak Dewi sambil mengurut dada akibat terkejut yang melampau.

Baru kejap tadi. Tuangkan saya Dairy Milk tu.

Mbak Dewi mencapai gelas berkaki yang tergantung di atas para dan menuang susu yang tersedia di atas meja tadi. Diberikan gelas tadi ke tangan Tun Tunku Harith.

Hardie ke mana Soalnya semula sebelum meneguk susu dan dibiarkan tinggal separuh di dalam gelas.

Dr. Qamra nak bawa Tuan Hardie keluar. Bagus jugakan Taklah asyik terperuk aje dalam bilik, beritahu Mbak Dewi sambil membilas pinggan mangkuk dalam sinki. Dia berasa syukur yang teramat di atas perubahan yang berlaku pada Tunku Hardie.

Tun Tunku Harith tersedak bila mendengar katakata Mbak Dewi tadi.

Keluar! Mbak tau mereka ke mana

Tak pula dibagitahu Dr. Qamra. Katanya tadi, nak surprisekan Tuan Hardie,jawab Mbak Dewi selamba.

Tekak tiba-tiba terasa kelat. Mati terus selera hendak mengunyah cucur udang yang berada di tangan. Diletak semula ke dalam piring. Baki Dairy Milk diteguk hingga habis dan dibiarkan gelas kosong di atas meja. Dia turun dari kerusi bar lalu melangkah pergi mendaki semula anak tangga terus menuju ke bilik. Tun Tunku Harith menyelak sedikit langsir dan di sebalik tingkap, dia memerhatikan saja gelagat doktor muda itu dari tingkat 1.

Q

AMRA AIN sabar menanti di taman Villa. Sementara menunggu Tunku Hardie, dia bermain bersama Turbo yang saban hari makin manja dengannya. Diusap penuh kasih bulu arnab itu. Hari ini, dia mahu melakar detik-detik terindah dalam hidup Tunku Hardie sebelum melangkah keluar dari Villa Tun Tunku Harith untuk selamanya.

Qamra panggilnya lirih.

Intonasi yang sama ketika pertama kali namanya meniti di bibir ceri Tunku Hardie. Serta-merta dia menoleh ke belakang. Anak mata mereka bertentangan. Masing-masing tergamam tanpa kata dengan penampilan yang tak dijangka. Terlepas terus Turbo dari pelukan gadis itu.

Can cantik sungguh you, Qam Qamra pujinya tergagap-gagap.

Apa taknya, pertama kali dia nampak ketampilan Qamra Ain yang manis berskirt labuh hijau kosong dipadankan dengan jaket bercorak asbtrak. Tudungnya digayakan mengikut trend terkini menyerlahkan lagi keayuan gadis yang berdiri di depannya.

Tuan pun apa kurangnya, masih lagi kacak, gilirannya pula memuji.

Walaupun hanya mengenakan t-shirt polo berwarna hitam dan dipadankan pula dengan seluar jeans lusuh, ketampanan Tunku Hardie tak boleh disangkal lagi meskipun duduk di kerusi roda. Ditambah pula memakai topi bersulam Adidas dan kasut boot Dr. Martens.

Kacak Apalah gunanya lagi istilah kacak buat aku, Qamra bila kau temui aku dalam keadaan begini

You nak bawa I ke mana Soal Tunku Hardie di kala gadis itu berada di belakang kerusi roda.

Qamra Ain tersenyum sendiri. Sejak akhir-akhir ini, semakin petah dan lancar Tunku Hardie bertutur. Tak lagi gagap seperti dulu.

Ikut aje, Yang Mulia bisik Qamra Ain perlahan ke telinga. Dia menolak kerusi roda hingga ke garaj kereta yang tersedia menanti kereta Mercedes Benz. Saiful membuka pintu belakang lalu membantu Tunku Hardie masuk ke dalam kereta. Sementara menunggu Saiful menyimpan kerusi roda ke dalam bonet kereta, dia membuka sendiri pintu kereta belakang sebelah tempat duduk pemandu.

En. Saiful bawa ke tempat yang saya bagitau semalam.

Baik, Dr. Qamra, dia mengangguk faham dan selepas memasukkan dari gear auto P ke D, beberapa saat kemudian kereta tersebut menderum laju keluar dari perkarangan Villa.

C

UACA di pagi yang sedang elok seolah-olah memberi laluan pada mereka mengecapi kegembiraan berdua seharian. Qamra Ain menghala pandangan ke arah luar. Pemandangan Bandaraya KL yang sekian lama tak dijejaki ke sini. Ketika melewati berhenti di lampu isyarat merah, pandangan dihalakan ke arah pokok sena yang sepi tanpa penghuni setianya di situ.

Apa khabar Pakcik Tan agaknya

Kita nak ke mana sebenarnya, Saiful

Dia yang memerhatikan kedua-dua mereka dari cermin pandang belakang hanya menjawab dengan senyuman. Awal-awal lagi Qamra Ain berpesan supaya merahsiakan lokasi dari pengetahuan Tunku Hardie.

Saiful memusingkan stereng kereta dan terus masuk ke perkarangan lokasi yang diarahkan oleh Qamra Ain. Anak matanya melilau mencari parkir kosong dan akhirnya dia ternampak papan tanda yang tertulis Parkir Pelawat. Ditekan sedikit pedal minyak dan memarkir terus kereta Mercedes Benz di situ.

Qamra Ain membuka pintu kereta. Sementara menunggu Saiful mengeluarkan kerusi roda dari dalam bonet. Diluaskan pandangan ke sekeliling. Sekian lama dia tak jejak kaki ke sini. Di sini juga lahirnya sebuah cinta yang kini hanya tinggal sebuah cinta memori silam.

Dr. Qamra panggil Saiful sambil menolak kerusi roda Tunku Hardie ke arahnya. Kerusi roda berpindah tangan.

Saya balik dulu, lepas Zohor saya datang semula ke sini atau kalau doktor nak gerak awal call saja saya, pesannya pada Qamra Ain dari dalam kereta.

Qamra Ain mengangguk faham dan kemudian memerhatikan kereta itu memecut laju meninggalkan perkarangan A-AH.

Jom, kita jalan-jalan, Qamra Ain menolak kerusi roda menghala ke arah tasik yang terbentang luas.

Sepanjang perjalanan ke sana, tiada perbualan yang terbit antara mereka. Hanya suara angin menderu dan kicauan burung yang berterbangan dan hinggap di pucuk dahan pokok.

Mereka berhenti di tepi tasik. Nyaman dirasakan. Disulami pula dengan cuaca yang suam-suam kuku menambahkan lagi kemanisan temujanji mereka. Tunku Hardie mengamati gelagat Qamra Ain yang sedang memejamkan mata sambil mendepakan tangan.

Hardie, you ingat lagi tempat ni Di sini juga you melamar I buat pertama kalinya, tanya Qamra Ain dan buat julung kali sejak mereka dipertemukan semula, gadis itu menyebut namanya.

Tunku Hardie menghela nafas panjang. Masakan dia lupa kisah cintanya bersama Qamra Ain. Di sini juga, ringan tangannya naik menampar pipi mulus gadis itu dek terkunyah lumat fitnah bekas isterinya. Sisa rasa sesalan masih lagi tersagat di dalam hati walaupun Qamra Ain sekian lama memaafkan atas perbuatan silamnya itu.

Di kala gadis itu leka melayan perasaan di hadapan tasik, dia cuba bangkit dari kerusi roda. Digagahi jua kakinya berdiri. Sembilan tahun lamanya, dihabiskan sisa hidup di kerusi itu. Penat dirasakan hanya menjalani fisioterapi dengan mengunakan alat bantuan berjalan. Hari ini, dia nekad. Dia harus berusaha berjalan sendiri tanpa apa-apa bantuan lagi selepas dari hari ini.

Perlahan-lahan dia mengangkat kaki kanan ke depan. Berkerut-kerut wajahnya ketika mengangkat kaki sebelah kiri. Dia cuba mengimbangkan badan dan digagahi juga langkah silih berganti. Agak beberapa langkah lagi untuk sampai ke gadis itu, Tunku Hardie tak terdaya lagi dan terjatuh duduk ke atas simen yang kotor.

Hardie, you tau tak sekilas dia menoleh ke arah Tunku Hardie yang tertiarap dan sedaya upaya untuk mengangkat badan membuatkan Qamra Ain tergamam.

Namun semakin dicuba, semakin lemah dirasakan kedua-dua lengannya. Pantas Qamra Ain terus berlari mendapatkan lelaki itu.

Hardie Qamra Ain duduk bertinggung di hadapan Tunku Hardie dan membantu lelaki itu mengangkat badan.

I I dah boleh ber berjalan sendiri, Qamra ujarnya sehingga kelihatan berkerut-kerut dahi menahan kesakitan. Tangannya dipaut pada lengan gadis itu. Ketika mata mereka bertentangan. Degupan jantung masing-masing beralih kencang. Apatah lagi redup mata hazel itu berterusan merenung ke wajahnya tanpa berkelip.

Qamta Ain memalis wajah dari pandangan Tunku Hardie namun di saat tangan lelaki itu menyentuh lembut di pipi membuat dia menoleh semula ke arah lelaki itu.

I rindukan you, Qamra rindu yang teramat. Rindu pada wajah you

Qamra Ain mengalih tangan Tunku Hardie dari wajahnya. Dia bingkas dari bertinggung lalu pergi mengambil kerusi roda yang tersadai di bawah pokok. Di kala tangannya mendarat di atas pemegang, dia menghela nafas panjang. Dia harus kikis perasaan cinta itu. Cukuplah derita yang ditempuh bersendirian selama ini. Dia serik. Serik untuk bercinta lagi.

Dengan langkah yang longlai dia menolak kerusi roda menghampiri Tunku Hardie. Dia perhatikan lelaki itu beransur-ansur mengengsot perlahan-lahan sehingga berupaya untuk bangun sendiri dengan berpaut pada pagar besi yang dibina sepanjang tasik. Qamra Ain membantu lelaki itu duduk semula di kerusi roda. Diperbetulkan kedudukan kaki agar tampak selesa. Qamra Ain menghala kerusi roda yang diduduki oleh Tunku Hardie ke arah tasik biru. Dia pula duduk di kerusi taman bersebelahan dengan kerusi roda Tunku Hardie.

Qamra maafkan I. I tau, I penyebab you tanggung derita seorang diri. I... I nak tebus semua kesalahan I pada you

Maaf Kalau I maafkan you berkali-kali pun, sejarah tak boleh berubah, Hardie. I reda atas apa yang telah diaturkan oleh ALLAH SWT buat I.

I I masih cintakan you, Qamra. I rindu kita yang dulu, Tunku Hardie perlahan-lahan meraih jari-jemari yang sedang bertaut kemas di atas riba Qamra Ain. Di saat jarinya hampir mendarat, gadis itu tiba-tiba bangkit dari duduk lalu berdiri di belakang kerusi roda.

Sengaja Qamra Ain mengelak dari digasak oleh pujuk rayu Tunku Hardie supaya menerima sisa cinta yang masih berbaki di dalam hati lelaki itu.

Hari dah petang rupanya. For your info Yang Mulia, I dah tempah satu restoran istimewa untuk you tau! Beritahu Qamra Ain sambil menolak kerusi roda di sepanjang tasik sehingga ke parkir kereta. Saiful sudah pun kelihatan seperti yang dijanjikan.

P

ELBAGAI hidangan tersedia di atas meja segi empat yang ditutupi oleh kain alas meja yang berenda halus di hujung kain. Beberapa kuntum bunga lavender menjadi pilihannya menghiasi tengah meja. Qamra Ain membantu Tunku Hardie beralih duduk di atas kerusi. Kemudian, dia menarik pula kerusi lalu duduk berdepan dengan lelaki itu.

Restoran ni mainkan lagu yang you nyanyikan untuk I! Kebetulan, kan Lama I tak dengar lagu ni sejak you tinggalkan A-AH, ujar Qamra Ain bila telinga menangkap alunan lagu All My Life nyanyian KCi Jojo berkumandang merdu di segenap restoran.

Tempat ni Tunku Hardie memerhatikan sekelilingi. Dia cuba mengingati sesuatu yang sudah lama hilang sejak dia sedar dari koma.

Kita pernah datang ke sini, Hardie. Takkan you dah lupa. You duduk di meja yang sama I serahkan Turbo pada you. Ermm lupakan ajelah. Jom makan, nanti sejuk tak sedap, ajak Qamra Ain.

Tangannya sudah tersedia memegang pisau dan garpu ligat memotong chicken chop lalu disuapkan ke dalam mulut. Dia pula teragak-agak untuk memegang pisau dan garpu. Apatah lagi tangan dan jarinya masih belum kuat untuk mengenggam.

You kena cuba, Hardie

Berat sungguh sudu ni, tangan I tak terdaya nak genggam pisau dan garpu terlepas dari pegangan jatuh ke dalam pinggan.

Disebabkan bunyi berdenting terlalu kuat ke semua mata yang sedang menikmati hidangan sekilas menoleh ke arah mereka berdua.

You nak I suapkan ke Soal Qamra Ain.

Segaris senyuman penuh bermakna terukir di bibir ceri Tunku Hardie. Qamra Ain mencebik bibir.

As your personal doctor, ianya sebahagian latihan untuk tangan dan jari you. You have to do it by yourself atau nak I habiskan Qamra Ain menarik pinggan namun sempat dihalang oleh tangan lelaki itu.

Dont worry, I have already requested medium rare for you.

Tunku Hardie mencuba sekali lagi. Kali ini dia dapat mengenggam garpu dan sedaya upaya memegang pisau pemotong di tangan kiri. Dengan kudrat yang ada dicuba memotong sendiri daging separuh masak itu menjadi cebisan kecil. Perlahanlahan dia menyua ke dalam mulut. Qamra Ain sambil mengunyah diperhati dengan lirikan mata.

See, you can do it, puji Qamra Ain seraya menunjukkan tanda bagus di ibu jari.

I malu pada you, Qamra kita bertemu semula dalam keadaan I yang begini tragik. I I menyesal! Tunku Hardie meletakkan garpu dan pisau pemotong di tepi pinggan.

Satu helaan nafas panjang kedengaran di telinga Qamra Ain. Dari raut wajah Tunku Hardie, tampak benar lelaki itu menyesal di atas perbuatan silamnya dulu.

I dah lama maafkan you, Hardie. Selepas you khianati cinta kita I cuba bangkit dan bina kehidupan baru tanpa you dan I berjaya menjadi seorang doktor seperti you. Biarlah cinta kita menjadi sejarah di mana I pernah cintakan lelaki seperti you, Hardie.

Tapi, Qamra.... rasa bersalah masih merantai jiwa I meskipun berulang kali you maafkan I. I nak kita kembali seperti dulu.

Mustahil untuk I terima lamaran you semula, Hardie. Cinta kita takkan seindah dulu. Biarlah ianya menjadi cerita dongeng yang pernah terjadi antara kita. Tujuan I datang ke Villa hanyalah untuk pulihkan you, tak lebih dari itu, tenang Qamra Ain menjawab. Hidangan tadi pun sudah berjaya dihabiskan.

Tunku Hardie membisu seribu bahasa. Dia gagal memujuk hati Qamra Ain dek terang-terangan menolak lamarannya. Kelihatan turun naik nafasnya menahan sebak di dada. Dia berkalih wajah mengadap ke lantai. Kelopak mata dipejam rapat. Ada titisan air mata yang bertakung di hujungnya.

Maafkan I, Tunku Hardie