13 tahun dah pun berlalu. Tak tahu sampai bila aku akan bertahan. Bertahan dan bersabar dalam melayan karenah manusia. Ada yang berjumpa doktor kerana nak nasihat. Ada yang berjumpa doktor kerana nak ubat. Tetapi ramai yang berjumpa doktor kerana nak MC semata-mata. Ramai yang berjumpa doktor kerana nak surat rujukan ke klinik pakar. Ramai yang berjumpa doktor kerana nak surat akuan. Ramai yang berjumpa doktor kerana nak berbahas. Sedikit ilmu yang dikutip di laman sosial, sedikit ilmu yang digoogle dalam Internet, sedikit ilmu yang didengar daripada cakap kawan-kawan, itu yang cuba dibahaskan dengan sedikit ilmu yang doktor ada. Ada kalanya aku mahu melawan. Ada kalanya aku mahu mengeluarkan hujah tetapi aku pegang cakap tok guru aku masa pergi bertapa di Gunung Pulai dahulu. Tak guna berhujah dengan orang yang punya sedikit ilmu. Takda peluang untuk menang berhujah dengan mereka.
****
Aku baru menyambut ulang tahun pembukaan klinik yang ke-13 tahun. Tetapi adakah klinik masih dibuka seperti biasa Adakah klinik masih menerima pesakit seperti biasa
Dan yang paling penting, adakah aku masih lagi bekerja seperti biasa Ada yang mengajak aku mengutip buah di Australia. Gaji besar katanya. Ada juga yang mengajak aku berhijrah ke New Zealand. Kerja dengan cuti tahunan selama 3 bulan. Entahlah. Hanya takdir yang menentukan.