Cinta dan kecintaan
Setelah kejora merusuh
Urat pelipis timbul dan berselerakan
Siapakah dewi asmara yang menjanji damai di malam hari
Ketika kekasih menangis ditinggal di kamar emas
Terkendong itu hanya puisi-puisi mati di telapak kaki
Gelisah berganti gelisah
Kecamuk meribut dalam api amarah
Obor dendam membawa pertumpahan darah
Siapakah durjana yang membedil kebencian sehebat ini
Dan telah dikhabarkan
Akan pergi cinta dan kecintaan Tercemar di kubikel ini Hanya kerana sekuman iri.
Telah dikhabarkan.
Bukit Bintang, 2015