Danira memegang rantai pemberian ayahnya yang tidak pernah renggang dari lehernya. Ini sahaja bukti yang boleh menyakinkannya bahawa anak muda itu adalah Naufal. Tapi bagaimana dia mahu membuktikannya Tak mungkin dia mampu mendekati Aliff untuk mencari rantai yang sama di leher anak muda itu.
Tiba-tiba hatinya kesal kerana tidak sempat bertemu dengan Filman petang tadi. Sepatutnya dia naik dan menjenguk lelaki itu sebentar untuk bertanya khabar. Entah apa khabar ayah Filman yang sedang sakit. Ah! Yang kau sibuk-sibuk bertanya kenapa pulak Sudah pasti seisi keluarga Filman sedang berkumpul di situ. Nanti apa pula kata mereka jika dia sama-sama tumpang menyibuk di situ.
Jarum jam dinding ditatap sebentar. Dia bingkas bangun. Solat Maghrib harus dilunaskan terlebih dahulu sebelum dia ke rumah Kamila. Wanita itu ada memesan supaya dia datang untuk makan malam. Baik dia segera bersiap agar tidak membuatkan Kamila tertunggu-tunggu.
Dengan langkah lemah, dia mendaki tangga ke tingkat atas. Namun sebaik dia memulas tombol pintu, riak wajahnya segera berubah. Nafasnya kencang, seiring dengan dada yang berombak-ombak. Ya Allah! Apa benda semua ni
Biliknya bersepah-sepah seperti tongkang pecah. Semua pakaian-pakaiannya dilambakkan di atas lantai. Beberapa buah majalah dan buku-buku miliknya semuanya berada di merata tempat. Danira tiba-tiba teringatkan sesuatu.
Dia segera tunduk ke bawah katil. Tapi alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati kotak yang menyimpan barang-barang peninggalan arwah ayah dan ibunya sudah tidak ada di situ.
Telinganya tiba-tiba menangkap bunyi bising dari arah belakangnya. Namun belum sempat dia mahu berpaling, tiba-tiba dia merasakan rambutnya ditarik dari arah belakang. Bahunya dicengkam kuat lalu ditolak kasar ke arah katilnya.
Kehadiran dua lelaki berpakaian serba hitam di hadapannya, membuatkan perasaannya diulit cemas. Pelbagai fikiran buruk mula menerpa ke fikiran.
Si..siapa awak semua Dengan perasaan gementar, dia bertanya. Matanya sempat menjeling ke arah pintu bilik yang ternganga luas di belakang kedua-dua lelaki itu. Hanya itu sahaja jalan keluarnya jika dia mahu selamat. Tapi apa ikhtiarnya untuk melepaskan diri Sedang dia hanya gadis kecil yang tidak berdaya.
Kedua-dua lelaki itu ketawa besar. Salah seorangnya memegang sebuah kotak yang amat dikenalinya. Kotak itu berisi barang-barang peninggalan arwah ayah dan ibunya. Meski ia hanya barang-barang biasa, namun ia cukup berharga buatnya.
Apa awak mahu Dia menyoal lagi. Kali ini nada suaranya lebih keras. Entah kenapa, kotak barang yang berada di tangan lelaki-lelaki berpakaian serba hitam itu membuatkan dia berang.
Kalau awak nak rompak saya, awak silap besar. Saya tak ada apa-apa barang yang berharga, lagipun saya hanya pekerja di taska ni. Sambungnya lagi.
Kedua-dua lelaki itu terus galak ketawa. Salah seorangnya mendekatinya membuatkan jantungnya hampir berhenti berdegup buat seketika. Dalam berani, dia juga penakut.
Comel juga budak perempuan ni. Kalau bawa pada bos, dia mesti suka. Ujar lelaki yang mendekatinya.
Buat apa bagi bos, dia bukan tahu pun. Baik kita jamu sendiri-sendiri saja. Lagipun bos cuma suruh kita cari benda tu. Balas lelaki yang seorang lagi seraya ketawa besar.
Betul juga tu. Bergeliga jugak kepala otak kau ni. Sahut lelaki yang paling hampir dengan Danira. Wajah anak gadis itu ditatap penuh asyik dari atas ke bawah. Tangannya sudah mengelus-gelus pipi gadis itu yang licin bak pauh dilayang.
Danira mengigit bibir. Dia mula sedar apa yang dimahukan lelaki-lelaki itu sebenarnya. Apabila lelaki itu semakin mendekatinya, dengan sepenuh tenaga, dia menendang pangkal kaki lelaki itu dengan sekuat hatinya. Si lelaki berteriak kesakitan lalu terhumban ke belakang dan menghempap tubuh temannya yang berdiri di belakangnya. Kedua-duanya segera jatuh mencium lantai. Kesempatan ini diambil Danira untuk segera melarikan diri. Namun nasibnya malang apabila salah seorang lelaki itu bingkas bangun dengan cepat lalu sempat menangkap pergelangan tangannya. Dia cuba menjerit, namun tangan lelaki itu lebih pantas menekup mulutnya.
Oh kau nak melawan ya. Nak rasakan! Serentak satu tumbukan hinggap ke perutnya. Kesakitan di bahagian perutnya membuatkan matanya mula berpinar-pinar. Tubuhnya lemah tak berdaya. Tudung yang dipakainya direntap kasar menyerlahkan mahkotanya yang selama ini terlindung dari panahan mata insan bernama lelaki.
Tanpa belas kasihan tubuhnya dicampakkan ke atas katil. Pandangannya berpinar-pinar menatap dua lelaki itu. Salah seorangnya sudah naik ke atas katil lalu membuka butang baju kemeja yang dikenakannya. Yang seorang lagi hanya tertawa, bagaikan sedang bersedia untuk sama-sama berpesta.
Tolong.. tolong jangan apa-apakan saya. Bisiknya lemah. Namun rayuannya seolah-olah tidak menjadi kudis bagi lelaki-lelaki itu.
bersambung
Bab akan datang:
Apakah nasib Danira Adakah dia akan dibantu oleh sesiapa