PEREMPUAN-PEREMPUAN MERBAHAYA - 95
Kerana manusia selalu mengalah pada hujan. Meminta suria dicelah taufan. Lalu Tuhan limpahkan benderang mentari, sampai manusia kembali menagih renyai menari. Kerana manusia yang paling banyak membantah. Enggan redha pada tanah gersang, dirayu sakura dan pohon hijau merendang. Saat merimbun, manusia juga yang menebang tumbang. Kerana manusia selalu menangis hiba, mengharap cinta dari bukan haknya. Tanpa sedar Tuhan datangi nikmat kesendirian atas alasan apa.
Kerana manusia lupa sebelum nafasnya laju di bumi, ada janji diikrar sampai nanti dia mati. Setelah mampu berlari, dia sendiri makin lupa diri. Kerana manusia itu engkau, aku, kita semua. Si pejalan kaki yang lupa jalan dunia cuma...
Sementara.