Bibir lelaki itu mengorak senyum. Langkahnya masih menapak perlahan-lahan ke hadapan. Gadis itu dilihatnya teragak-agak. Sebaik dia mempamerkan wajahnya, matanya segera menangkap perubahan pada wajah Danira. Gadis itu memandangnya tidak berkelip, dan senyumannya mula memudar. Dia mengerti kini bahawa gadis itu masih mengingatinya. Sudah lebih sepuluh tahun, namun gadis itu masih mengingatinya.
Mata Danira kaku menatap lelaki yang muncul di hadapannya. Meskipun wajah itu lebih berusia, namun dia masih mengecam lelaki itu. Dia takkan sesekali melupakan wajah itu dari ingatannya sampai bila-bila pun.
Kau masih ingat aku bukan
Danira mengetap bibir. Kematian ayahnya, kematian ibunya, malah kehilangan Naufal adalah berpunca dari lelaki itu. Lelaki yang telah memusnahkan kebahagiaan keluarganya. Emosinya mendadak bangkit!
******
Prang! Berderai kaca-kaca itu memenuhi permukaan lantai. Serentak muncul bunyi beberapa tapak kaki menghampiri bilik itu. Daun pintu dikuak dari arah luar. Badak melangkah masuk dengan wajah cemas. Namun sebaik dia melihat dahi Cobe bermandi darah, wajah Badak jadi berang. Pistol di pinggangnya dikeluarkan lalu muncungnya dihala ke arah gadis di hadapan Cobe.
Jangan Badak. Larang Cobe sebelum lelaki bertubuh besar itu memuntahkan pelurunya dari corong pistol.
Baik aku bunuh dia saja Cobe. Berani betul dia cederakan kau. Getus Badak dengan suara meninggi. Namun Cobe menjeling tajam ke arah lelaki itu.
Jangan nak mengarut. Sekarang keluar, tinggalkan kami kat sini. Arah Cobe. Badak terdiam. Tanpa berkata apa-apa, dia keluar dari bilik itu dengan wajah tidak puas hati. Pintu bilik itu dikatup rapat.
Usai Badak menghilangkan diri, pandangan Cobe kembali ke wajah Danira. Renungan gadis itu menikam tajam ke wajahnya. Dia meraba-raba dahinya yang dibasahi darah segar. Mujurlah dia sempat mengelak pasu bunga yang dilemparkan Danira. Jika tidak, tentu keadaaannya akan lebih parah. Namun salah satu serpihan pasu itu, mengenai bahagian dahinya.
Awak yang bunuh umi dan ayah saya! Tuduh Danira sambil mengetap bibirnya. Saat ini dia benar-benar membenci lelaki di hadapannya. Jika diikutkan hati, ingin rasanya dia membunuh lelaki itu untuk melunasi dendamnya.
Cobe tidak menjawab. Matanya merenung tangan gadis itu yang dibasahi darah. Dari luka itu, darah merah masih menitis dari celah-celah jarinya. Namun gadis itu langsung tidak ambil peduli dengan kecederaan yang dialaminya.
Kau cedera. Ujar Cobe.
Bunuh sahaja saya, itu yang awak mahu kan Bunuh saya macam awak bunuh ayah saya! Jerit Danira bagaikan histeria. Tubir matanya sudah dibasahi air jernih.
Cobe kelihatan tenang. Dia langsung tidak membalas kata-kata gadis itu. Sebuah meja berhampiran dengan katil di bilik itu segera dihampiri. Laci meja itu dibuka menyerlahkan isinya. Melihat gerak-geri lelaki itu, Danira segera berlari ke arah pintu. Dia cuba sedaya upaya membuka pintu bilik itu, namun usahanya gagal. Ternyata pintu itu dikunci dari luar.
Mari ke mari. Suara lelaki itu muncul lagi. Danira berpaling. Melihat lelaki itu sudah duduk di birai katil sambil memegang peti First Aid, dia tergaman.
Luka kau tu harus dicuci sebelum dijangkiti kuman. Ujar Cobe seraya memandang wajah anak gadis itu.
Jangan nak bergurau. Danira mencebik.
Tengok muka aku baik-baik. Aku sedang bergurau ke Soal Cobe dengan wajah serius. Dia bangun lalu menghampiri Danira. Danira berundur selangkah dua, namun dia tidak berdaya menghalang lelaki itu dari memaut tangannya. Meski dia meronta-ronta cuba membebaskan dirinya, namun tenaganya tidak sebanding dengan tenaga lelaki itu.
Tubuhnya ditolak secara paksa ke arah birai katil. Saat lelaki itu menyapu ubat dan membersihkan lukanya, dia hanya terlongo. Perasaannya bertukar aneh melihat layanan lelaki itu terhadapnya. Kenapa begini Bukankah tujuan lelaki itu menangkapnya kerana mahu membunuhnya Bukankah lelaki itu yang menghantar orang-orang yang menganggunya
Kenapa awak bawa saya ke mari Apa tujuan awak Lelaki-lelaki di taska tu orang awak kan Danira memberanikan diri bertanya. Entah kenapa dia benar-benar ingin tahu tujuan lelaki itu memperlakukannya seperti ini. Apa salahnya
Lelaki-lelaki yang cuba menganggu kau tu aku dah belasah. Mereka bukan orang aku. Tapi aku janji mereka takkan berani lagi melakukan hal-hal seperti itu lain kali. Ujar Cobe selamba.
Danira terkedu. Tiba-tiba dia teringatkan bunyi bising yang didengarinya sejurus sebelum dia tidak sedarkan diri.
Kenapa awak selamatkan saya Kenapa awak nak lindungi saya dari lelaki-lelaki tu setelah awak musnahkan hidup saya Soal Danira dengan perasaan sebak. Dia inginkan jawapan dari lelaki itu. Selepas ini apa nasibnya pula
bersambung
Bab akan datang:
Siapakah Cobe sebenarnya Mengapakah dia menyelamatkan Danira daripada diganggu oleh lelaki-lelaki tersebut