Mencari Kiblat Cinta - 98
Ada kesan pergelutan dalam bilik ni. Dari tapak kaki yang aku kesan, mungkin ada lebih dari seorang. Ujar Zulbhan.

Maksud kau Filman mengerutkan dahinya. Ya Allah! Janganlah apa-apa yang buruk menimpa gadis itu.

Aku rasa Danira diculik Fil. Tadi kami periksa bilik ni dan ada beberapa kesan tompokan darah di atas lantai.

Darah Filman tidak mampu menahan getar rasa yang menyelubunginya. Dia sempat melirik ke arah lelaki cina itu yang turut menunjukkan wajah terkejut mendengar kata-kata Zulbhan.

Kau tak fikir yang Dia memandang Zulbhan agak lama. Lelaki itu segera menggelengkan kepala.

Aku tak rasa dia dah mati. Tompokan darah itu mungkin bukan milik Danira. Lagipun darah tu sedikit aje. Kalau dia diapa-apakan, mungkin kita akan jumpa dia terbujur kaku di sini. Buat apa pembunuhnya nak bersusah payah mengalihkan mayat yang hanya akan menyusahkan mereka. Aku tak rasa dia diapa-apakan, kalau itu yang kau nak tanya. Ujar Zulbhan panjang lebar.

Wajah Filman beransur lega. Kau dah laporkan pada pihak polis Tanyanya ingin tahu. Zulbhan terkelip-kelip memerhatikannya.

Habis aku ni bukan Soal Zulbhan tanpa maksud mahu bercanda. Giliran Filman pula mengeluh panjang. Kamila sudah menjeling-jeling Zulbhan yang kelihatan selamba.

Mata Filman beralih ke arah lelaki di belakang Kamila yang tidak banyak bercakap dan tidak pernah menyampuk perbualan mereka. Lelaki itu hanya berdiam diri sambil memerhatikan keadaan di dalam bilik itu lagak seorang pegawai penyiasat. Namun dia menyedari, wajah lelaki itu kelihatan risau.

Zulbhan, dia Matanya memandang sebentar ke arah Zulbhan sambil mengisyaratkan sesuatu. Zulbhan turut berpaling. Namun belum sempat Zulbhan mahu membuka mulutnya, Kamila terlebih dahulu mencelah.

Ini kawan Danira. Dia datang nak cari Nira. Jawab Kamila seraya menjeling ke arah Zulbhan. Sesekali matanya melirik ke arah Joshua yang nyata terpinga-pinga apabila diperkenalkan begitu.

Kawan Danira Wajah Filman berkerut.

Saya Joshua. Dengan gaya maskulin, Joshua menghulurkan tangannya terlebih dahulu.

Filman. Balas Filman ringkas. Mata kedua-duanya bertaut.

Joshua tak sudah-sudah memerhatikan lelaki itu. Entah kenapa, wajah Filman mengingatkannya pada seseorang. Tak mungkin! Joshua cuba mengelak sebarang andaian yang mula berputik di kepalanya. Saat ini soal Danira dirasakan lebih penting. Dia benar-benar risau dan bimbang dengan keselamatan gadis itu.

Kak Mila. Umaira tiba-tiba menjengah masuk dengan wajah cemas. Serentak empat pasang mata di dalam bilik itu segera menoleh ke arah kelibat Umaira yang muncul di muka pintu.

Kenapa Mira Soal Kamila yang hairan melihat gadis itu yang tercungap-cungap seperti baru dikejar hantu. Tangan gadis itu terawang-awang sedikit bagaikan mahu mengisyaratkan sesuatu.

Nira..Nira dah balik Kak Mila. Beritahu Umaira tergagap-gagap.

Hah Kamila terkejut. Begitu juga dengan tiga lelaki bersamanya. Joshua yang mendengar khabar tersebut, ingin segera mendapatkan Danira, namun dipintas oleh Filman yang lebih pantas. Langkahnya terhenti sejenak. Tindak tanduk lelaki itu membuatkan dia diselubungi pelbagai tanda tanya. Siapa sebenarnya lelaki itu Namun pertanyaan itu tidak perlu ditunggu-tunggu lantaran semua orang sudah bergegas keluar untuk mendapatkan Danira.

******

Danira menghirup kopi panas yang baharu sahaja disediakan Kak Siti. Kamila di sampingnya asyik menggosok-gosok belakangnya. Wajah wanita itu tetap nampak bimbang walaupun dia berkali-kali meminta maaf. Alasan yang diberi, dia bermalam di rumah kenalannya. Namun setiap kali dia berbalas tatap dengan Kamila dan orang-orang lain yang berada di situ, wajah setiap dari mereka seolah-olah enggan mempercayai kata-katanya.

Dia mengerling ke arah Filman dan Joshua silih berganti. Sejak dia melihat kedua-dua lelaki itu, nafasnya jadi tidak teratur. Dia tahu mata kedua-duanya sedang tertumpu ke arah wajahnya. Begitu juga dengan Zulbhan yang asyik menyampuk kata-kata Kamila. Sesekali Kak Siti dan Umaira akan turut sama mengintai sesi perbincangan tidak rasmi itu. Malah perbincangan itu hanya berkisar tentang dirinya.

Apa yang dah jadi sebenarnya Nira Terus terang aje dengan kakak, jangan takut. Pujuk Kamila. Dia mahu Danira bercerita hal sebenar. Entah kenapa dia tidak percaya langsung dengan cerita Danira tentang tinggal bersama kenalannya.

Bilik Nira bersepah-sepah bila kakak masuk. Nira nak jelaskan tentang keadaan bilik tu Soal Kamila lagi setelah Zulbhan memberi isyarat agar dia terus bertanya.

Err..maaf kak, Nira tergesa-gesa semalam sampai tak sempat nak kemaskan baju-baju tu semua. Ungkap Danira. Wajahnya tunduk. Entah kenapa, dia jadi gelisah serba tidak kena apabila dirinya asyik menjadi sasaran mata mereka yang berada di situ.

Ada tompok darah kat bilik awak. Darah siapa tu Soal Zulbhan ingin tahu. Wajah Danira berubah. Kata-kata Zulbhan membuatkan dia gugup. Namun dia tahu dia harus lebih berhati-hati. Itu pesan lelaki itu atau nyawa semua orang akan berada dalam bahaya.

bersambung

Bab akan datang :

Adakah Danira mahu berterus-terang atau menyembunyikan perkara sebenar