MELANKOLIA BISU - 98
Aku pernah bina rumah kayu dalam hati kamu. Bina dan roboh, bina dan roboh, bina lagi dan roboh.

Kehabisan kayu, tinggal satu batang kecil sahaja.

Tak larat nak bina lagi.

Tangan sakit.

Pinggang hampir patah.

Tak larat berdiri.

Rasa macam nak mampos.

Mungkin malaikat akan tarik nyawa bila-bila masa.

Kayu tadi, tak tahu nak letak mana. Letak satu batang itu di hati kamu. Aku tak tahu apa gunanya, batalkan,

Ambil saja kayu itu untuk aku, anduh diri aku.

Sokong biar tak jatuh, Kau f ikir untuk diri aku sendiri

Tak.

Semuanya supaya aku tak jatuh dan mati, dari terus bangun dan cuba cari ikhtiar lagi, untuk bina rumah kayu dalam hati kamu kalau ada peluang nanti.

Itupun kalau aku tak mati. Dan ada kayu lebih lagi.