MY PRETTY BOY - 99
AIN, dekat pekan sana ada klinik desa. Kalau Ain nak kerja di situ, nanti abang boleh uruskan. Abang dengar, mereka tak cukup doktor. Ain kata Ain ada experience di hospital pakar. Tentu diorang terima.

Ain nak tanya, macam mana abang tau yang Ain ni pernah jadi doktor

Abang pergi ke tempat yang abang jumpa Ain tempoh hari. Abang terjumpa beg galas Ain. Masa abang capai beg, steteskop terkulai separuh keluar dari beg Ain. Dari situ abang tau siapa Ain.

Ain pernah jadi doktor intern hospital pakar di KL. Steteskop ni pun pemberian ketua jabatan Ain sebab Ain berjaya selesaikan kes Penari Gamelan IB. Habis tu, kenapa Ain tak terus bertugas di sana Kenapa Ain perlu lari sampai ke sini Jauh benar Ain menyimpang bawa diri. Apa yang belenggu fikiran Ain sebenarnya Cuba cerita dengan abang.

Ain belum bersedia untuk cerita pada abang sebab

Okey... okey abang tak paksa, Ain. Abang akan tunggu sampai Ain sendiri cerita kat abang. Cuma, abang nak Ain tunaikan satu permintaan bila Ain berjaya kerja di klinik desa nanti, Aizal Fahmi terpaksa mengalah sambil mengangkat kedua-dua tangan ke udara walhal jauh di sudut jiwa masih dibelenggu perasaan tak puas hati.

Apa saja, asalkan Ain dapat balas jasa abang.

Ain masih ingat tak yang abang pernah offer Ain jadi maid abang, kan

Tu kalau Ain kerja dengan abang.

Tak, Ain. Abang perlukan doktor untuk jaga atuk abang kat rumah. Sebelum ini bukan setakat seorang, tapi dua orang doktor yang pernah jaga atuk. Semuanya tak kekal lama sebab atuk abang ni jenis mengada-ngada sikit. Abang risau kalau tinggalkan dia seorang di rumah setiap kali abang terpaksa kerja luar. Nasib baik ada Erul tolong tengok-tengokkan lepas balik sekolah. Kesian pula kalau abang nak harapkan dia selalu. Itu pun, kalau Ain sudi.

Qamra Ain terdiam sejenak. Aizal Fahmi menyedari akan perubahan riak wajah gadis itu. Timbul tanya tanda di benaknya dan baru perasan setiap kali pertanyaan yang diajukan pada gadis itu, setiap kali itulah raut wajah yang manis tersenyum tadi berubah serta-merta.

Maid a.k.a Doktor Bukankah aku pernah memegang jawatan yang sama di Villa dulu. Menjadi Doktor Peribadi kepada Tunku Hardie

Ain, boleh abang tanya sesuatu Kenapa setiap kali abang tanya, Ain berubah riak wajah Dan, setiap kali abang berbicara dengan Ain jarang sekali Ain bertentang mata dengan abang Kenapa, Ain Ain tak suka pandang abang sebab abang tak kacak di mata Ain ke Bertalu-talu soalan dilemparkan pada Qamra Ain. Kecewa sungguh dengan cara Qamra Ain melayan pertanyaannya. Genap sebulan gadis itu dikenali namun masih lagi gagal didekati disebabkan Qamra Ain terlalu ketat berahsia.

Aizal Fahmi hanya tahu, namanya Ain. Hari ini, didedahkan identiti yang pernah berkhidmat sebagai doktor. Sebulan lamanya, hanya 2 perkara saja yang dia tahu tentang gadis itu. Selebihnya, dia perlu bersabar dan terus bersabar.

Penantian yang penuh penyeksaan!

Tak apalah kalau Ain tak nak jawab satu pun soalan abang... keluh perlahan Aizal Fahmi. Dia meminta diri untuk beredar dari rumah Pak Usop. Penat duduk di atas motor Ducati hinggakan terasa kebas di kedua-dua peha. Aizal Fahmi menyarung helmet ke kepala. Enjin motor dihidupkan dan menderum laju.

Maafkan Ain, abang. Masa belum mengizinkan untuk Ain cerita segalanya siapa diri Ain pada abang. Hati Ain meronta-ronta namun jiwa Ain sebolehbolehnya menahan. Ain tak mahu abang tau tentang diari kesedihan hidup Ain. Dan, Ain tak mahu abang terima kesedihan yang sama bila suatu masa nanti Ain terpaksa pergi jauh dari hidup abang.

D

AH, kau ni kenapa Awek tu tak nak cerita takkan kau nak paksa, Aizal. Agak-agaklah bro kalau nak sentap pun, tegur Salem yang di saat jari-jemarinya ligat menaip balas chatime di YM. Terperanjat jantungnya sejenak tadi bila terdengar pintu kaf ditolak dengan kuat dan ditambah pula dengan bunyi helmet dihempas ke meja.

Salah ke kalau aku nak ambil berat pasal dia

Ambil berat ke atau kau dah tangkap cinta dengan dia Kau ni Aizal cepat betul cari madu untuk Anggerik_Putih, usik Salem memerangkap soalan. Tahu benar dia dengan perangai Aizal Fahmi sejak balik dari CA dan pindah duduk bersama satu-satunya waris yang dia ada iaitu Tan Sri Kadir di sini.

Harta melimpah ruah, Villa bersepah di setiap negeri, kereta berderetan di dalam garaj. Rumah berdinding kayu tepi laut juga yang menjadi pilihan Tan Sri Kadir. Dia juga sama mengikut atuknya menetap di kampung. Selidik punya selidik, rupa-rupanya Tan Sri Kadir memang asal dari kampung ini dan rumah yang diduduki itu juga adalah rumah pusaka peninggalan moyang mereka sejak turun temurun.

Siapa yang tak kenal dengan jejaka tampan lulusan Ijazah Sarjana Muda Senibina dari CA ini. Apatah lagi dia cucu kepada bekas CEO di legasi Cemara Architecture Ltd. (CAL) iaitu Tan Sri Kadir. Sejak anak lelaki serta menantu meninggal dunia akibat nahas kapal terbang terhempas, Tan Sri Kadir disahkan mengidap Alzeimer ringan dek terlalu teringatkan anaknya.

Sejak dari tragedi berdarah itu, Tan Sri Kadir berpindah duduk di kepulauan ini. Menetap bersama cucu tunggal yang kini memegang jawatan CEO di legasi itu. Itu pun hanya sebulan sekali Aizal Fahmi pergi munculkan diri di CAL dan selebihnya dihabiskan masa di kaf siber.

Belum lagi panas punggung duduk di atas kerusi, Aizal Fahmi mencapai semula helmet lalu beredar keluar tanpa menjawab soalan Salem. Sekali lagi lelaki itu terkejut sekali lagi bila kedengaran pintu kaf ditutup dengan kuat.

Apa nak jadi dengan kau ni, Aizal Tak habishabis nak meroyan. Salem menyambung kembali chat dengan awek Ampang. Baru saja menaip sebait ayat, kedengaran pintu kaf ditolak. Salem sekilas menoleh dan terus terpandang ke arah sesusuk tubuh yang tercegat di depan pintu mencari seseorang.

Ya cari siapa

Saya Ain, nak cari abang Aizal. Dia ada tak ke sini

Oh ni ke Ain. Patutlah meroyan tak habis si Aizal. Awek cun gila, kata Salem sampaikan tercakap kuat 3 perkataan terakhir itu tanpa sengaja terdengar di telinga Qamra Ain.

Sorry, apa yang encik cakap tadi Tanya Qamra Ain. Tersentak sekejap bila pemuda tadi tiba-tiba menjerit tanpa sebab.

Eh, tak tak ada apa. Hah tanya Aizal tadikan Dia baru aje keluar, tak pula bagitau ke mana. Awak ada apa-apa pesanan ke Nanti saya sampaikan bila dia balik ke sini nanti, ujar Salem sambil mengaru-garu keningnya yang tak gatal.

Pergh! Memang cun gila, Aizal!

Kalau macam tu, tak apalah. Saya balik dulu. Eh, tunggu dulu. Apa kata kita minum dulu. Ada banyak benda saya nak tanya kat awak, Salem tergendala sekali lagi untuk membalas chatnya dek teruja dengan kunjungan gadis misteri yang bikin Aizal Fahmi gila angau setiap hari.

Banyak benda Kita berdua tak sampai 5 minit kenal, awak dah sediakan banyak soalan untuk saya Soal Qamra Ain sinis.

Terkedu Salem sejenak. Tak tahu apa hendak dibalas jawapan melainkan tersenyum sumbing.

Ada masa kita bual panjang. Saya minta diri dulu, Qamra Ain menolak pintu dan beredar keluar sambil diperhatikan oleh Salem di sebalik cermin kaf.

Loyar buruk pula awek Aizal ni! Geram aje aku tengok!

Kalau macam ni punya gaya, bukan setakat kau aje Aizal dengan aku sekali tumpang sekaki meroyan macam kau! Ngomel Salem sendiri sambil menggeleng kepala. Dia duduk semula di kerusi dan menyambung semula chat yang tergendala sebentar tadi.

Chatnya sekali lagi terganggu dengan bunyi pintu kaf ditolak dengan kuat hingga berlaga dengan dinding. Salem menoleh ke belakang. Kelihatan Aizal Fahmi melangkah masuk sambil menanggalkan helmet. Sambil menghayun langkah jejaka itu meletakkan helmet di atas meja mana yang sempat dan kemudian menghampiri ke meja ruang kerja.

Tadi Ain datang sini, cari kau. Baru kejap tadi.

Dia yang baru saja menarik kerusi sekilas menoleh ke arah Salem. Aizal Fahmi bergegas melangkah keluar dari kaf tanpa bertanyakan lebih lanjut lagi pada Salem.

Asyik tergendala aje aku nak reply chat awek Ampang ni, tengok dia dah offline! Baru aje nak mengayat! Ni semua kau punya pasal, Aizal! Rungut Salem.

Q

AMRA AIN tercegat di seberang jalan. Di kejauhan dia memandang ke arah klinik desa yang diceritakan oleh Aizal Fahmi pagi tadi. Alhamdulillah, selepas ditemuduga terus pihak klinik menerima dan diminta bertugas mulai esok. Tambahan pula, kepakaran yang dia ada memudahkan lagi mendapat tawaran kerja di klinik itu.

Dia ke kaf siber semata-mata mahu sampaikan berita gembira pada Aizal Fahmi malangnya jejaka itu tiada pula di sana. Dari dia terus menunggu, adalah lebih baik dia pulang terus ke rumah Pak Usop.

Tiba-tiba dia terasa lengannya disambar seseorang sekaligus membuat dia berpaling ke belakang.

Eh, Abang Aizal Mana abang tau yang Ain ada di sini

Salem bagitau tadi yang Ain cari abang kat kaf. Maafkan abang sebab tinggalkan Ain macam tu aje pagi tadi.

Ain cuma nak bagitau yang Ain dapat kerja di klinik sana tu.

Congrats, Ain.

Ain balik dulu ya.

Biar abang temankan.

Motor abang

Tinggal kat kaf. Abang jalan kaki ke sini tadi. Risau pula abang kalau biarkan Ain balik seorang. Ain bukannya suka naik gugurl abang tu, kan

Abang risaukan, Ain Ain dah biasa jalan seoranglah, abang.

Itu Ain yang dulu. Ain sekarang, biar abang yang jaga. Abang tak nak sesiapa sakiti Ain lagi, sangkal Aizal Fahmi seraya mengukir senyum.

Abang, masih menunggu jawapan dari pertanyaan abang tadi Soal Qamra Ain sesudah mereka sampai di depan pintu pagar rumah Pak Usop.

Abang takkan paksa Ain lagi. Abang akan tunggu sampai Ain sendiri buka mulut cerita kat abang, ya

Abang tak nak singgah dulu

Tak apalah, abang kena balik semula ke kaf ambil motor. Jaga diri baik-baik tau, abang balik dulu.

Berat hati Aizal Fahmi untuk beredar pergi meninggalkan gadis yang sedikit demi sedikit menakluk hati dan perasaannya. Dia akui gadis itu punyai aura tersendiri. Sama seperti aura pemilik id Anggerik_Putih. Bak kata Salem, sampai bila dia harus mengharapkan gadis misteri alam maya itu muncul semula. Sekurang-kurangnya Salem tahu identiti id YM yang dilayannya setiap hari, tak pada dia. Tak banyak maklumat pun dia tahu tentang Anggerik_Putih.

Anggerik_Putih, bila awak akan muncul semula

Saya mula rindukan awak! Rindukan kita yang dulu!